Heboh!! Remaja 14 Tahun Mengaku Lakukan Hubungan Seks Dengan Banyak Lelaki

Heboh!! Remaja Ini Mengaku Lakukan Hubungan Seks Dengan Banyak Lelaki



Seorang remaja perempuan di sini mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki di sekolah, rumah dan beberapa lokasi lain tahun lalu.

Kegiatan tidak bermoral pelajar Tingkatan Dua itu terbongkar apabila salah seorang rakan sekelasnya mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling.

Pada Rabu, guru berkenaan bertindak menyoal pelajar berusia 14 tahun itu.

Hasilnya, pelajar itu mengaku telah melakukan hubungan seks sejak Tingkatan Satu dengan beberapa lelaki di pelbagai lokasi termasuk di kelas, bawah tangga, bilik solat, rumah terbiar dan juga kediamannya.

Pelajar perempuan itu juga mengaku ia berlaku atas kerelaan dan persetujuan kedua pihak, malahan dia tidak pernah meminta wang selepas melakukan hubungan seks itu.

Selain rakan lelaki sekolah sama, pelajar itu mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar lelaki dari dua sekolah menengah dan lelaki lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pelajar berkenaan telah dipindahkan ke sekolah di Ayer Keroh pada Jun 2016 kerana masalah disiplin.

"Sebaik mendapat maklumat terperinci mengenai kegiatan seksual pelajar itu, guru berkenaan telah membawa pelajar itu untuk membuat laporan polis," katanya.

Pada Jumaat, polis telah menahan 11 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 16 tahun dari tiga sekolah menengah dan dua lagi suspek berusia 21 tahun.

Semua suspek akan disiasat mengikut Pasal 376 (1) dan pasal 377B Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar aturan tabii.

"Pelajar perempuan itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani ujian kesihatan dan seterusnya disarankan supaya melalui penilaian psikiatrik.

"Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. photo AB230x90gif_zps839436ce.gif photo AB230x90gif_zps839436ce.gif Ibcqq photo AB230x90gif_zps839436ce.gif photo AB230x90gif_zps839436ce.gif
Share on Google Plus

About Lisa Wilona

    Blogger Comment
    Facebook Comment